SEMINAR MyDFLAB BERSAMA AGENSI ZON TIMUR

Feb 13, 2025 | Berita dan Aktiviti

Seminar perkhidmatan Malaysia Government Digital Forensic Lab (MyDFLAB) bersama Agensi Sektor Awam Zon Timur anjuran Jabatan Digital Negara telah berlangsung pada 13 Februari 2025 di Hotel Swiss Bel, Kuantan, Pahang dihadiri oleh 110 peserta daripada agensi persekutuan (seperti MINDEF, NACSA, CGSO, POJ dan lain-lain), Pejabat SUK Negeri dan jabatan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan dari Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Seminar MyDFLAB bersama Agensi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam kalangan pegawai Kerajaan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Malaysia Government Digital Forensic Lab (MyDFLAB).  Selain itu, program seminar ini melibatkan sesi perkongsian teknologi/inisiatif baharu bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta program.

MyDFLAB menawarkan perkhidmatan sanitasi data logikal dan fizikal serta perkhidmatan pemulihan data logikal kepada semua agensi sektor awam.