Latar Belakang Perkhidmatan
Jabatan Digital Negara (dahulunya dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)) melalui Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG) telah diberi tanggungjawab untuk membangun dan mengurus makmal digital Kerajaan iaitu Malaysian Government Digital Forensics Lab (MyDFLAB).
Mesyuarat Pengurusan Jabatan Digital Negara Bilangan 2/2026 bertarikh 24 Februari 2026 telah meluluskan cadangan penjenamaan semula perkhidmatan MyDFLAB sebagai Malaysian Government Digital Sanitization Services (MyDiCLEAN).
MyDiCLEAN merupakan satu inisiatif kerajaan dalam mengurus perkhidmatan berkaitan sanitasi (penghapusan), pemulihan data logikal media storan yang telah ditetapkan dan menyediakan kemudahan infrastruktur forensik digital kepada agensi sektor awam.
Ketika ini, Perkhidmatan MyDiCLEAN boleh digunakan oleh semua agensi Kerajaan di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) sejajar dengan arahan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022 – Garis Panduan Sanitasi Media Elektronik Dalam Perkhidmatan Awam
