Sesi sanitasi data Kementerian Kewangan (MOF) telah dilaksanakan pada 4 Februari 2026 bertempat di Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat, MOF Putrajaya.
Sesi ini melibatkan penerangan berkaitan kaedah sanitasi data secara logikal terhadap media storan, diikuti dengan latihan secara hands-on menggunakan perisian sanitasi data. Latihan tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran praktikal kepada pegawai MOF agar mereka dapat melaksanakan proses sanitasi data secara kendiri terhadap aset ICT yang terlibat.
Pelaksanaan sesi ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan keupayaan pegawai dalam memastikan data pada media storan diurus dan disanitasi dengan kaedah yang bersesuaian, selaras dengan keperluan pengurusan keselamatan aset ICT.




