Sesi Transfer of Technology (ToT) kepada agensi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi penggunaan perkhidmatan Malaysian Government Digital Sanitization Services (MyDiCLEAN) telah berjaya dilaksanakan pada 20 Ogos 2026 di Pejabat NADI, ICU JPM.
Sesi ToT ini merangkumi penerangan mengenai tatacara sanitasi data berdasarkan SPA Bil. 4 Tahun 2022 – Garis Panduan Sanitasi Media Elektronik Dalam Perkhidmatan Awam, penerangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MyDiCLEAN, serta latihan secara hands-on menggunakan perisian sanitasi data.
Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan pegawai NADI ICU JPM dalam melaksanakan proses sanitasi data secara kendiri terhadap aset ICT yang terlibat dalam urusan pelupusan aset ICT bagi tahun 2026.







